Program Infaq Ilmu Yayasan Tadabbur adalah nadi kepada usaha kami menyebarkan kefahaman Al-Quran dan Tadabbur kepada masyarakat secara percuma. Inilah komitmen sosial kami untuk membuka pintu ilmu kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kemampuan atau lokasi mereka.
Melalui sumbangan infaq anda, Yayasan Tadabbur dapat melaksanakan pelbagai program ilmu merangkumi kuliah, bengkel, seminar, dan kelas mingguan bersama komuniti seperti masjid, sekolah tahfiz, rumah anak yatim, pusat komuniti serta institusi pendidikan yang memerlukan. Setiap program dijalankan tanpa sebarang bayaran, kerana kami percaya bahawa ilmu yang benar tidak sepatutnya dibatasi oleh kemampuan kewangan.
Sumbangan anda akan menampung kos penganjuran sepenuhnya daripada penyediaan tenaga pengajar, bahan pembelajaran, modul, hinggalah aspek logistik. Dengan itu, kita dapat memastikan setiap komuniti yang dahagakan ilmu menerima manfaat tanpa sebarang beban.
Setiap sen infaq anda bukan sahaja menerangi seorang pelajar, bahkan menyambung sinaran ilmu dalam keluarga, masyarakat dan generasi yang akan datang. Itulah hakikat Infaq Ilmu, amal jariah yang mengalir halus tetapi berpanjangan, mengangkat martabat pemahaman Al-Quran, dan membina umat yang lebih berakhlak, berfikiran matang, dan dekat dengan Allah.
Ayuh bersama kami. Infaqkan ilmu. Jadilah sebahagian daripada penyebaran cahaya Tadabbur kepada ummah. Semoga setiap huruf yang dipelajari, setiap hati yang tersentuh, dan setiap insan yang kembali memahami Al-Quran menjadi saksi pahala yang tidak pernah putus buat anda.
Ayuh Infaq! rasai keberkatan infaq anda yang bersemi di dunia, dan mekar indah di Akhirat. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 011-55987351 dan emel yayasantadabbur@gmail.com.












