Mengenai Kami

SEJARAH YAYASAN TADABBUR

Yayasan Tadabbur ditubuhkan pada 22 Ogos 2024 (No pendaftaran 202401035184(1581031-X)


Yayasan Tadabbur ditubuhkan untuk mengangkat kembali roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati. Kami percaya bahawa setiap ayat membawa makna, dan makna itu harus dihayati dengan akal dan jiwa.


Kenapa Tadabbur?


Ramai dalam kalangan kita membaca al-Quran, namun hanya segelintir yang benar-benar mendengarnya dengan hati.

Ramai yang menghafalnya, namun tidak menghayatinya.


Ketika berada dalam kesibukan dunia, kita sering terlupa bahawa setiap ayat al-Quran adalah bingkisan warkah cinta daripada Allah kepada setiap hamba-Nya. Tadabbur bukan sekadar membaca terjemahan, tetapi merenungi, menangisi, merasai dan berubah melalui pencarian makna yang mendalam dalam ayat-ayat al-Quran.


Ia adalah jalan pulang daripada belaian kelalaian kepada keinsafan. Begitu juga ia membawa kita pulang daripada keraguan kepada keyakinan dan daripada kehampaan kepada kedekatan dengan Allah SWT. Ini kerana membaca al-Quran tanpa tadabbur ibarat menatap cermin tanpa menyedari wajah sendiri.


Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk direnungi, difahami, dihayati dan diamalkan.


Firman Allah SWT:


اَفَلَا يَتَدَبَّرُوْنَ الْقُرْاٰنَۗ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِغَيْرِ اللّٰهِ لَوَجَدُوْا فِيْهِ اخْتِلَافًا كَثِيْرًا ۝٨٢

"Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran?

Sekiranya (Al-Quran) itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak

hal yang bertentangan di dalamnya.” (Surah An-Nisa’:82)


Firman Allah SWT

كِتٰبٌ اَنْزَلْنٰهُ اِلَيْكَ مُبٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوْٓا اٰيٰتِهٖ وَلِيَتَذَكَّرَ اُولُوا الْاَلْبَابِ ۝٢٩

“Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan

keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang

berakal sihat mendapat pengajaran.” (Surah Sad:29)


Slogan Yayasan Tadabbur:

“Tadabbur Al Quran, Menuju Perubahan”


VISI & MISI YAYASAN TADABBUR

Visi

Menjadi organisasi unggul dalam membentuk generasi berteraskan al-Quran yang berfikir, berjiwa dan bertindak berasaskan nilai-nilai wahyu melalui pendekatan tadabbur yang sistematik, menyeluruh dan menyentuh seluruh dimensi kehidupan.

Misi

Bagi merealisasikan visi sebagai organisasi unggul dalam membentuk generasi berteraskan Al-Quran, Yayasan Tadabbur beriltizam untuk:

  • Menyebarluaskan kefahaman dan penghayatan tadabbur al-Quran melalui pendidikan yang menyeluruh, pembangunan modul serta aplikasi teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) yang mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
  • Membangunkan individu dan generasi berjiwa al-Quran yang berfikir, merasa dan bertindak berpandukan wahyu, melalui program latihan, kursus dan pendidikan berstruktur di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi serta komuniti.
  • Memperkukuh dakwah dan penyebaran ilmu dengan menyediakan ruang wakaf dan infaq yang lestari serta membina jaringan sokongan sosial dan kolaborasi strategik di seluruh negara.
  • Menggalakkan budaya membaca dan berinteraksi dengan al-Quran melalui pembiayaan dan pengagihan mushaf al-Quran serta kitab-kitab agama terpilih kepada individu, institusi dan sekolah.
  • Melaksanakan kerja kebajikan yang menyantuni golongan rentan sebagai cerminan nilai rahmah dan kasih sayang yang terkandung dalam ajaran Al-Quran.

AKAUN BANK UNTUK SUMBANGAN KEPADA YAYASAN TADABBUR

AFFIN ISLAMIC BANK

No Akaun : 106710026676


Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com