“Kitab Ilmu, Pencerah Jiwa Pelajar”
Bayangkan: Senyuman tulus para pelajar mahaad tahfiz di saat kitab tafsir impiannya atau buku-buku agama kini di tangan, atau para pelajar sekolah agama yang semangatnya menyala, kini mampu mendalami kitab hadith dengan naskhah lengkap. Setiap huruf yang mereka baca, setiap ilmu yang mereka serap, akan menjadi pahala berterusan kepada anda.
Di Yayasan Tadabbur, kami mengundang anda menyemai benih kebaikan melalui program Ayuh Infaq: Kitab Ilmu, Pencerah Jiwa Pelajar. Sumbangan anda adalah pelaburan berharga yang akan membekalkan kitab-kitab agama terpilih – dari tafsir agung, hadis sahih, fiqh, sirah Nabi SAW, kitab-kitab khusus tadabbur Al-Quran, hingga naskhah penting bahasa Arab – khusus kepada para pelajar yang dahagakan ilmu di sekolah-sekolah agama dan maktab-maktab tahfiz seluruh negara.
Bagi peringkat pertama program HIBAH KITAB kami memilih emat judul buku Kompas 604, Sinopsis 30 Juzuk, Kompas 114 dan Kompas Al-Mulk (Akhir-akhir Harimu diberkati) untuk anda sokong dibawah program HIBAH KITAB melalui sumbangan ikhlas infaq anda.

Tajuk : Sinopsis 30 Juzuk
Penulis : Ustaz Syahmi Syazeril Azmi
Ustaz Syaari Ab Rahman
Sinopsis : Buku ini merupakan naskhah ringkas tetapi padat yang menghimpunkan maklumat penting bagi setiap juzuk dalam Al-Quran. Ia disusun khas dengan tujuan untuk memudahkan pembaca memahami keseluruhan Al-Quran secara lebih menyeluruh dan sistematik.
Kandungan Utama:
- Ringkasan Setiap Juzuk: Setiap juzuk Al-Quran dirangkumkan dengan info utama seperti:
- Tema Utama
- Ayat Penting
- Struktur Kandungan
- Tadabbur Ayat Terpilih: Buku ini turut menyelitkan beberapa ulasan (tadabbur) ayat terpilih yang bertujuan untuk menyentuh hati dan membuka ruang renungan.
- Nilai Tambah Interaktif (Kod QR): Ia dilengkapi dengan Kod QR interaktif yang akan membawa pembaca kepada rakaman video penjelasan setiap juzuk. Video-video ini disampaikan secara santai dan mudah difahami.
Secara keseluruhannya, buku ini sangat sesuai sebagai panduan praktikal untuk pelajar, guru, pendakwah, dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami Al-Quran dengan cara yang mudah difahami dan berkesan, menjadikannya sesuai untuk tadarus Al-Quran dengan kefahaman.

Tajuk : Kompas 114
Penulis : Ustaz Syaari Ab Rahman
Sinopsis : Sebuah karya yang tidak pernah berhenti diulang cetak sejak tujuh tahun berada di pasaran buku. Dinamakan kompas dengan tujuan membimbing masyarakat awam memulakan pengembaraan ke dalam 114 surah Al-Quran. Mendapat sokongan dari guru-guru besar tafsir Al-Quran di Malaysia, USAR menawarkan apa yang disebut rahsia tujuh kumpulan surah-surah Al-Quran.

Tajuk : Kompas 604
Penulis : Ustaz Syahmi Syazeril Azmi
Sinopsis : Ketika seseorang hendak mengembara, tentulah dia memerlukan sesuatu seperti alat yang boleh digunakan bagi menunjukkan arah tujuannya. Sebagaimana Kompas 114 dapat menjadi petunjuk jalan kepada pengembara Al-Quran berkenalan daerah-daerah dalamnya, Kompas 604 pula diharapkan menjadi petunjuk jalan bagi pengembara melewati keindahan dan keajaiban yang terkandung dalam setiap daerah Al-Quran.
Kompas 604 dihasilkan dengan beberapa komponen penting yang dapat membantu perjalanan anda memahami setiap halaman mushaf Al-Quran iaitu T.ADA.B.B.UR.
T : Tema umum halaman
ADA : Ada apa pada halaman
B : Beberapa kalimah pilihan
B : Berfikir sejenak
UR : Usahakan amal & refleksi

Tajuk : Agar Hari Akhirmu Diberkati (Kompas Surah Al-Mulk)
Penulis : Ustaz Syaari Ab. Rahman
Sinopsis : Menyingkap keajaiban ayat demi ayat Surah Al-Mulk yang bakal anda temui. Dapatan menarik yang dapat membantu anda untuk menghafal surah ini dengan mudah melalui kaedah akronim yang direka khusu oleh Ustaz Syaari Ab Rahman.
Ayuh infaq! Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di talian 011-55987351 dan emel yayasantadabbur@gmail.com.












