Sesi Menandatangani MoU Antara Yayasan Tadabbur Dan Sharlife Sdn Bhd
Sesi Menandatangani MoU Antara Yayasan Tadabbur Dan Sharlife Sdn Bhd

Bangi, 9 Disember 2025 - Yayasan Tadabbur telah menerima kunjungan rasmi daripada Sharlife Sdn. Bhd. dalam satu sesi pertemuan strategik yang berlangsung dengan penuh profesionalisme dan semangat kerjasama. Delegasi Sharlife Sdn. Bhd. diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulhaikal, bersama Encik Adnin dan Cik Aqilah.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya berkaitan usaha memperkasa ekosistem infaq dan kebajikan melalui pendekatan teknologi kewangan Islam. Sharlife Sdn. Bhd. turut menyatakan komitmen dalam menyumbang kepakaran dan penyelesaian digital dengan menyediakan saluran berinfaq melalui aset digital, selari dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi kewangan patuh syariah.

Sebagai simbol komitmen bersama, sesi ini turut disusuli dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan Tadabbur dan Sharlife Sdn. Bhd. MoU ini menjadi asas kepada kerjasama jangka panjang yang bertujuan menyokong kelestarian program dakwah, pendidikan Al-Quran serta inisiatif kebajikan yang digerakkan oleh Yayasan Tadabbur.

Yayasan Tadabbur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Sharlife Sdn. Bhd. untuk bekerjasama dan menyokong misi yayasan, serta berharap kerjasama strategik ini dapat memberi manfaat berterusan kepada masyarakat dan ummah secara keseluruhan.

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com