Bangi, 6 Julai 2026 - Yayasan Tadabbur dengan kerjasama Paradigma Ibrah Sdn. Bhd. dan Tadabbur Centre telah menerima kunjungan hormat delegasi seramai 30 orang daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) @muis.sg di Tingkat 2, Kompleks As-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Delegasi MUIS telah diketuai oleh Ustaz Mahmoud Mathlub bin Sidek selaku Ketua Delegasi MUIS, bersama Ustaz Rashid Ramli, Pengerusi Quran SG, serta Ustaz Fachruddin Dzaki, Pengurus Masjid Ahmad Ibrahim, Singapura.
Program ini bertujuan membina sesi taaruf antara kedua-dua pihak, di samping membuka ruang perbincangan awal bagi meneroka potensi kerjasama, perkongsian idea dan inisiatif bersama yang berfokus kepada penghayatan tadabbur al-Quran dalam masyarakat.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ustaz Syaari Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tadabbur; Ustaz Syahmi Syazeril Azmi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tadabbur merangkap Ketua Pegawai Operasi Tadabbur Centre; serta Dr. Haji Abdul Muin bin Abd Rahman, Pengerusi Surau As-Sobah.
Yayasan Tadabbur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MUIS atas kesudian berkunjung dan berkongsi aspirasi dalam memperkasa usaha tadabbur al-Quran secara lebih tersusun, berimpak dan merentas sempadan.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat demi menyuburkan budaya memahami, menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.





















