Program InKorporat Bertadabbur: Yayasan Pendidikan MAIDAM
Program InKorporat Bertadabbur: Yayasan Pendidikan MAIDAM

Kuala Terengganu, 11 Julai 2026 - Yayasan Tadabbur telah memenuhi jemputan daripada Yayasan Pendidikan MAIDAM (YP MAIDAM) bagi mengendalikan satu sesi pengisian intensif bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu.

Sesi dinamik selama 2.5 jam ini membawakan tajuk "Manifestasi Khalifah Dalam Organisasi: Menyulam Kekitaan, Kesatuan, Keprihatinan & Syukur."

Menerusi slot ini, para peserta diajak menelusuri kisah dan teladan agung kepimpinan Nabi Daud A.S. dan Nabi Sulaiman A.S. berpandukan ayat Al-Quran melalui Surah Saba’ (34:10-14) untuk dihayati dalam gerak kerja seharian.

Perkongsian dan latihan interaktif ini telah disampaikan sendiri oleh Ustaz Syaari Ab Rahman (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tadabbur) khusus buat seluruh barisan tenaga kerja YP MAIDAM yang diterajui oleh Puan Norhana binti Yaakub (Ketua Pegawai Eksekutif YP MAIDAM).

Yayasan Tadabbur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YP MAIDAM atas kesudian menjemput dan meluangkan masa demi memetik ibrah daripada kalam-Nya. Semoga sinergi ini menjadi titik mula kepada budaya kerja berteraskan acuan Al-Quran yang lebih berkat dan berimpak.

Ingin menyuburkan budaya tadabbur Al-Quran dalam organisasi atau komuniti anda?

Yayasan Tadabbur sentiasa terbuka menerima sebarang jemputan bagi mengendalikan:

📌 Bengkel & Seminar Khas
📌Slot Pengisian Korporat / Institusi
📌Latihan Intensif Tadabbur

Hubungi kami untuk perbincangan lanjut:
🌐 Laman Web: www.yayasantadabbur.com
📧 E-mel: yayasantadabbur@gmail.com

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur (202401035184 (1581031-X)) ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com