Yayasan Tadabbur & Yayasan Restu Bakal Jalin Kerjasama Strategik Melatih Pentadabbur Muda
Yayasan Tadabbur & Yayasan Restu Bakal Jalin Kerjasama Strategik Melatih Pentadabbur Muda

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2026 – Usaha memasyarakatkan al-Quran dalam kalangan generasi muda bakal mendapat suntikan baharu menerusi cadangan kerjasama jangka panjang antara Yayasan Tadabbur (YT) dan Yayasan Restu.

Perkembangan positif ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Tadabbur selepas menerima perhubungan rasmi daripada pihak Yayasan Restu menerusi Puan Ashikin Latif bagi membincangkan potensi kolaborasi antara kedua-dua belah pihak.

Kerjasama strategik ini direka khas untuk merancakkan kegiatan tadabbur al-Quran dalam kalangan anak muda, di samping melahirkan serta melatih pelapis pentadabbur baharu yang berkebolehan menyampaikan kisah-kisah dan pengajaran al-Quran secara efektif dan berkesan.

Pihak Yayasan Tadabbur menyambut baik inisiatif ini dan meluahkan rasa syukur atas peluang untuk memperluaskan impak dakwah berasaskan al-Quran menerusi sinergi bersama organisasi terkemuka seperti Yayasan Restu.

Beberapa projek dan aktiviti kolaborasi berimpak tinggi hasil kerjasama ini dijangka akan diumumkan kepada umum dalam masa terdekat. Turut hadir pada perbincangan yang diadakan di Kompleks Nasyrul Quran tersebut ialah Yang Berbahagia Datuk Abdul Latif Mirasa, Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu.

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur (202401035184 (1581031-X)) ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com