Mengenai Kami
SEJARAH YAYASAN TADABBUR

Yayasan Tadabbur ditubuhkan pada 22 Ogos 2024 (No pendaftaran 202401035184(1581031-X)
Yayasan Tadabbur ditubuhkan untuk mengangkat kembali roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati. Kami percaya bahawa setiap ayat membawa makna, dan makna itu harus dihayati dengan akal dan jiwa.
Kenapa Tadabbur?
Ramai dalam kalangan kita membaca al-Quran, namun hanya segelintir yang benar-benar mendengarnya dengan hati.
Ramai yang menghafalnya, namun tidak menghayatinya.
Ketika berada dalam kesibukan dunia, kita sering terlupa bahawa setiap ayat al-Quran adalah bingkisan warkah cinta daripada Allah kepada setiap hamba-Nya. Tadabbur bukan sekadar membaca terjemahan, tetapi merenungi, menangisi, merasai dan berubah melalui pencarian makna yang mendalam dalam ayat-ayat al-Quran.
Ia adalah jalan pulang daripada belaian kelalaian kepada keinsafan. Begitu juga ia membawa kita pulang daripada keraguan kepada keyakinan dan daripada kehampaan kepada kedekatan dengan Allah SWT. Ini kerana membaca al-Quran tanpa tadabbur ibarat menatap cermin tanpa menyedari wajah sendiri.
Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk direnungi, difahami, dihayati dan diamalkan.
Firman Allah SWT:
اَفَلَا يَتَدَبَّرُوْنَ الْقُرْاٰنَۗ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِنْدِغَيْرِ اللّٰهِ لَوَجَدُوْا فِيْهِ اخْتِلَافًا كَثِيْرًا ٨٢
"Maka tidakkah mereka menghayati (mendalami) Al-Quran?
Sekiranya (Al-Quran) itu bukan daripada Allah, pastilah mereka menemukan banyak
hal yang bertentangan di dalamnya.” (Surah An-Nisa’:82)
Firman Allah SWT
كِتٰبٌ اَنْزَلْنٰهُ اِلَيْكَ مُبٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوْٓا اٰيٰتِهٖ وَلِيَتَذَكَّرَ اُولُوا الْاَلْبَابِ ٢٩
“Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan
keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang
berakal sihat mendapat pengajaran.” (Surah Sad:29)
Slogan Yayasan Tadabbur:
“Tadabbur Al Quran, Menuju Perubahan”
VISI & MISI YAYASAN TADABBUR
Visi
Menjadi organisasi unggul dalam membentuk generasi berteraskan al-Quran yang berfikir, berjiwa dan bertindak berasaskan nilai-nilai wahyu melalui pendekatan tadabbur yang sistematik, menyeluruh dan menyentuh seluruh dimensi kehidupan.
Misi
Bagi merealisasikan visi sebagai organisasi unggul dalam membentuk generasi berteraskan Al-Quran, Yayasan Tadabbur beriltizam untuk:
AKAUN BANK UNTUK SUMBANGAN KEPADA YAYASAN TADABBUR

AFFIN ISLAMIC BANK
No Akaun : 106710026676

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.
Pautan Penting
Hubungi Kami