Shah Alam, 5 Disember 2025 (Jumaat) – Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 sekali lagi menjadi medan pertemuan ilmu dan pembaca apabila Ustaz Syaari Ab Rahman, CEO Yayasan Tadabbur dan penulis di bawah Tadabbur Centre serta Paradigma Ibrah Sdn Bhd, hadir bagi meraikan para pengunjung dan pencinta ilmu al-Quran.
Sepanjang program berlangsung, Ustaz Syaari bukan sahaja tampil sebagai penulis dan speaker jemputan malah turut meluangkan masa beramah mesra bersama para pembeli, menandatangani buku-buku beliau, serta mendengar pengalaman para pembaca yang mengikuti karya dan kuliah tadabburnya.
Ribuan pengunjung yang hadir memberikan respons positif, malah ramai yang berkongsi bahawa karya-karya Tadabbur Centre dan Paradigma Ibrah menjadi rakan perjalanan mereka dalam memahami al-Quran.
Para pembaca turut mengambil peluang bertanya soalan, berkongsi pengalaman, serta mendapatkan panduan memilih karya yang sesuai dengan keperluan pembelajaran masing-masing.
Kemunculan Ustaz Syaari sebagai penulis utama yang memiliki identiti kuat dalam dunia tadabbur bukan sahaja membantu menaikkan jenama Tadabbur Centre dan Paradigma Ibrah, sekaligus juga mengukuhkan kedudukan Yayasan Tadabbur sebagai antara payung utama yang menaungi inisiatif ilmu tersebut. Turut hadir bersama Ustaz Syahmi Shazeril, Ketua Strategi & Operasi (CSOO) dan Dr Azrul Azlen, Ketua Pegawai Pengetahuan & Penyelidikan (CKRC) Yayasan Tadabbur sebagai penulis utama di bawah jenama Tadabbur Centre bagi memeriahkan SIBF 2026.
Yayasan Tadabbur percaya bahawa melalui platform seperti pesta buku antarabangsa, usaha mendekatkan masyarakat kepada al-Quran akan terus berkembang dan memberi manfaat berpanjangan.

















