Podcast - Kompas 114

"Dengarkan, Renungi, Temui arah"

Kompas 114 ialah sebuah podcast eksklusif terbitan Yayasan Tadabbur, yang diilhamkan untuk menjadi panduan rohani dan intelektual kepada masyarakat moden dalam mencari arah kehidupan berasaskan Al-Quran.


Nama “Kompas” melambangkan petunjuk arah dan pedoman, manakala angka 114 merujuk kepada jumlah keseluruhan surah dalam Al-Quran .


Dalam realiti dunia hari ini yang penuh simpang-siur dan kelimpahan maklumat, ramai yang masih tercari-cari arah, makna dan ketenangan. Kompas 114 tampil sebagai suara solusi yang akan menyentuh hati, menyuluh jalan kehidupan dengan cahaya wahyu Allah.

Ia bukan sekadar tersedia sebagai medium siaran, tetapi menyediakan sebuah ruang tadabbur yang menyelami makna ayat-ayat suci, merenungi hikmah, serta mengaitkannya dengan cabaran realiti semasa.


Podcast ini dikendalikan oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tadabbur, yang dikenali dengan pendekatan tadabbur yang menyentuh jiwa, menghubungkan makna wahyu dengan kehidupan harian manusia.Program podcast Kompas 114 akan mula bersiar pada setiap bulan bermula Januari 2026.

Tagline

“Dengarkan, Renungi, Temui Arah.”


Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com