Meraikan Jasa & Kejayaan: Majlis Triple Celebration
Meraikan Jasa & Kejayaan: Majlis Triple Celebration

Pejam Mata Cafe, Bangi, 25 Jun 2026 - Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Kesyukuran PBAKL 2026 yang turut dihadiri oleh seluruh warga kerja Paradigma Ibrah, Tadabbur Centre, dan Yayasan Tadabbur. Majlis ini dianjurkan khas bagi meraikan kejayaan program serta merayakan sumbangan insan-insan yang banyak berjasa sepanjang perjalanan organisasi.

Dalam majlis yang sama, pihak pengurusan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan buat para pelajar latihan industri (intern) yang telah tamat perkhidmatan. Terima kasih atas usaha gigih dan sumbangan yang diberikan. Semoga pengalaman yang ditimba di sini menjadi batu loncatan buat kejayaan masa hadapan.

Penghargaan dan ucapan selamat maju jaya turut diiringkan buat rakan sejawat yang bakal berhijrah ke fasa kehidupan dan kerjaya yang baharu. Semoga setiap langkah kalian senantiasa diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Pertemuan yang terbina membawa pelbagai hikmah, manakala perpisahan pula ditinggalkan bersama doa. Semoga ikatan ukhuwwah yang terbina terus kekal utuh.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan perjalanan PBAKL 2026 dan menyokong organisasi ini.

Rakan Strategik

Yayasan Tadabbur (202401035184 (1581031-X)) ditubuhkan dengan tekad menghidupkan roh Al-Quran dalam kehidupan umat Islam melalui pendekatan tadabbur yang menyentuh hati.

Hubungi Kami

Yayasan Tadabbur

Tingkat 3, Kompleks Surau As Sobah, Jalan 3/4 Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Phone

6011-5598-7351

Email

yayasantadabbur@gmail.com